Monday 11 July 2011

BERSIH 2.0 : POLIS HALANG SOLAT DI MASJID NEGARA!

Ulama PAS Shah Alam mengutuk dan merakamkan kekesalan kepada PDRM kerana menghalang orang ramai daripada menunaikan kewajipan solat Zohor di Masjid Negara pada 9 Julai 2011. Tindakan tidak bertanggungjawab dan kurang ajar tersebut jelas menunjukan keangkuhan mereka menentang hukum Allah s.w.t, hanya semata-mata mematuhi arahan pemerintahan mungkar UMNO/BN. 

Kami percaya tidak semua anggota PDRM bersetuju dengan arahan mungkar tersebut, namun kepatuhan yang membuta tuli sebahagian anggota PDRM yang bertugas di Masjid Negara ketika itu sangat dikesali dan dikutuk!

Kami juga ingin mengingatkan anggota PDRM supaya amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta tidak menzalimi rakyat Malaysia. Ingatlah bahawa setiap tindakan kita akan dicatatkan oleh para Malaikat dan akan diberikan balasan setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan. 


Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya! 
(Al-Syura: 21)




No comments:

Post a Comment