Friday 18 November 2011

Seminar Pilihanraya Menurut Perspektif Islam 2011

Tarikh : 20 November 2011
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Masjid Ubudiyyah, Seksyen 19, Shah Alam

Semua Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

Wednesday 31 August 2011

Salam Kemerdekaan 2011

Bebaskan Malaysia dari penjajahan tali barut British iaitu Kerajaan UMNO / Barisan Nasional

Anda Mampu Mengubahnya!

Salam Kemerdekaan 2011

Monday 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ulama PAS Shah Alam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan khususnya di Shah Alam. Marilah kita bersama saling bermaafan dan berkasih sayang di hari kemenangan ini. Semoga tarbiyah Ramadhan yang dilalui selama sebulan membuahkan hasil taqwa untuk bersama kita amalkan sepanjang sebelas bulan yang bakal mendatang.

Ulama PAS Shah Alam juga ingin mengajak seluruh umat Islam agar bersama-sama istiqamah dengan ibadah yang telah dilakukan di bulan Ramadhan yang lalu. Sebaiknya bagi umat Islam untuk meneruskan puasa sebanyak 6 hari di bulan Syawal. Ini berdasarkan kelebihan yang disebutkan oleh Junjungan Mulia S.A.W tentang puasa 6 hari tersebut. 

Diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari di bulan Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” 

(Hadith riwayat Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


Wednesday 17 August 2011

Salam Nuzul al-Quran

Salam Nuzul al-Quran diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan khususnya di Shah Alam. Semoga al-Quran sentiasa menjadi panduan dan ikutan kita sepanjang hayat. Al-Quran bukan hanya sekadar untuk diulang-ulang bacaannya, tetapi yang lebih utama ialah mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Daulatkan al-Quran di dalam hati kita, banyakkan membacanya, fahami maknanya dan amalkan segala ajaran dan hukum hakam yang terkandung di dalamnya, insyaAllah kita mampu beroleh matlamat taqwa sempena Ramadhan kali ini.


Saturday 30 July 2011

Selamat Menjalani Tarbiyah Madrasah Ramadhan al-Mubarak


Ulama PAS Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada suluruh umat Islam di Malaysia dan di Shah Alam khususnya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan marilah kita berlumba-lumba menambahkan serta memperbanyakan amalan di bulan yang penuh barakah ini.

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah : 183

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"


Semoga kita semua beroleh ketaqwaan sepanjang menjalani tarbiyah di dalam Madrasah Ramadhan!

Thursday 14 July 2011

ULAMA PAS SHAH ALAM MEMBANTAH KONSERT MTV WOLRD DI ADAKAN DI SHAH ALAM


Ulama PAS Shah Alam menyatakan kekesalan dan membantah sekeras-kerasnya penganjuran Konsert MTV World yang bakal diadakan pada 24 Julai 2011 di i-City Shah Alam. 

Kami mewakili umat Islam di Shah Alam tidak bersetuju dengan apa-apa konsert mungkar diadakan di kawasan Shah Alam, lebih-lebih lagi konsert MTV World  yang jelas banyak mengundang kemungkaran dan kerosakan akhlak. Justeru, kami menyeru kepada seluruh umat Islam di Shah Alam khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya untuk menentang habis-habisan segala bentuk majlis-majlis maksiat sebegini daripada diadakan. 

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi, kami menuntut supaya pihak penganjur lebih sensitif dengan perasaan umat Islam di Shah Alam dan membatalkan konsert MTV World tersebut dengan serta merta!

Nyatakan bantahan anda di :


Berita di : 


Monday 11 July 2011

Bersih 2.0 : Truth that Cannot Be Cover!

Saksikan dan nilai sendiri wahai Rakyat Malaysia!


BERSIH 2.0 : POLIS HALANG SOLAT DI MASJID NEGARA!

Ulama PAS Shah Alam mengutuk dan merakamkan kekesalan kepada PDRM kerana menghalang orang ramai daripada menunaikan kewajipan solat Zohor di Masjid Negara pada 9 Julai 2011. Tindakan tidak bertanggungjawab dan kurang ajar tersebut jelas menunjukan keangkuhan mereka menentang hukum Allah s.w.t, hanya semata-mata mematuhi arahan pemerintahan mungkar UMNO/BN. 

Kami percaya tidak semua anggota PDRM bersetuju dengan arahan mungkar tersebut, namun kepatuhan yang membuta tuli sebahagian anggota PDRM yang bertugas di Masjid Negara ketika itu sangat dikesali dan dikutuk!

Kami juga ingin mengingatkan anggota PDRM supaya amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta tidak menzalimi rakyat Malaysia. Ingatlah bahawa setiap tindakan kita akan dicatatkan oleh para Malaikat dan akan diberikan balasan setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan. 


Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya! 
(Al-Syura: 21)




Sunday 3 July 2011

BICARA ISRAK MI'RAJ BERSAMA ULAMA SHAH ALAM

Program yang julung kalinya diadakan dengan membariskan 8 orang panel bagi mengupas berkaitan Israk Mi'raj di atas satu pentas. Antaranya ialah Ustaz Ali Tuah, Ustaz Ahmad Dusuki, Dr Nik Rosdi, Ustaz Nazmi Abd Karim, Ustaz Nik Bakri, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Husni Muhammadan & Ustaz Asyraf. Semua muslimin & muslimat dijemput hadir untuk bersama menambahkan ilmu dan memeriahkan majlis.


Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
 
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang Fi Sabilillah sehingga ia kembali".

Hadith riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi